Wednesday, August 28, 2013

6 Penyakit Tersembunyi Lelaki Perlu Tahu



6 Penyakit Tersembunyi Lelaki Perlu Tahu

Hiasan
Ramai di kalangan anda yang kurang menyedari ada sesuatu yang berlaku terhadap diri  anda yang dikatakan boleh menjadi masalah kesihatan yang besar jika tidak diambil peduli. Apa yang mengejutkan, ada beberapa pakar bersetuju dengan fakta-fakta yang perlu diketahui oleh anda wahai jejaka.

1. Ketagihan
Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang. Di Amerika Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah lebih ramai dialami oleh lelaki. Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh dan alkohol.

2. Kolesterol
Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok 'binaan' penting bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri. Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.

3. Sindrom Malu Kencing
Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain. Sindrom ini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa. Meskipun sindrom ini tidak dikenali, namun ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau keretapi. Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk bercuti malah menolak untuk berkongsi tandas.

4. Kanser Testikel
Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah 'kehilangan' satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor. Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau kebengkakan, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.

5. Dengkuran Kuat
Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan dari anda. Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan. Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia. Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

6. Kaki Atlit
Kaki Atlit atau lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan. Fungus gemar kawasan lembab terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai ruang udara kaki 'bernafas'. Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.

Kadang-kadang, kita menyedari ada masalah kecil sedang berlaku pada diri sendiri. Namun, sikap acuh tidak acuh membuatkan anda bakal menyenaraikan diri sendiri sebagai pesakit secara tidak langsung. Sebelum terlambat, periksa kesihatan dan perubahan diri untuk menjamin kesihatan terbaik sehingga hari tua.

TAMBAT HATI MERTUA

Menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri lebih-lebih lagi tinggal sebumbung dengan mertua sedikit sebanyak menimbulkan suasana janggal kepada pasangan berkenaan. Ramai juga yang beranggapan tinggal bersama ibu bapa mertua ibarat percaturan kerana tersilap langkah boleh menjejaskan hubungan kedua-dua pihak. Lantas, sebagai panduan kepada pasangan yang bakal serumah dengan mertua berikut tip yang dapat kami kongsikan bersama anda.

1)Sebelum berpindah ke rumah mertua, sebaiknya berbincang terlebih dahulu tentang masa depan rumahtangga anda. Sebagai contoh, sediakan jadual giliran bagi melakukan kerja-kerja asas di rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas. Di samping meringankan bebanan mertua, anda berdua juga dapat berdikari dan menyediakan kelengkapan pasangan.

2)Pelihara ruang dan waktu privasi anda. Walau pun anda tinggal di rumah mertua, namun ia tidak bererti mereka boleh masuk ke kamar tidur anda sesuka hati. Jadi, pastikan anda menitikberatkan perkara ini.

3)Elakkan bertengkar di hadapan mertua mahupun adik-beradik agar tidak menimbulkan perspektif negatif di kalangan mereka. Hindari juga daripada masuk campur dalam pertelingkahan pasangan anda dan adik-beradik mahupun ibu bapanya.

4)Tingkatkan komunikasi bersama pasangan dan keluarganya. Praktikkan amalan-amalan yang sepatutnya seperti mengetuk pintu bilik terlebih dahulu sebelum masuk atau usikan kepada ipar atau adik-beradik pasangan anda yang gemar berpakaian kurang sopan agar mereka lebih berwaspada ketika berpakaian.

5)Jika kehidupan kalian berdua kian merasa stres dengan keadaan sekeliling, segera ambil keputusan untuk berpindah. Jika tidak, berbincanglah dari hati ke hati agar permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan segera dan tidak menjadi barah dalam perhubungan kalian.

Tip Asas Bersih Kediaman selepas Perayaan

Sudah menjadi lumrah setiap kali tibanya musim perayaan , kediaman akan menjadi tumpuan sanak saudara dan handai taulan. Kesibukkan anda melayani kerenah tetamu yang berkunjung ini ada kalanya akan membuatkan anda tidak mempunyai masa untuk menguruskan dan membersihkan kediaman ke keadaan sedia kala. Usah khuatir tip bersih yang mudah dan ringkas ini dapat membantu anda.





  • Sediakan senarai semak.
Keadaan kediaman yang kotor dan tidak terurus ada kalanya akan membuatkan anda buntu untuk memulakan kerja-kerja pembersihan. Jika ini yang anda alami , salah satu cara mudah untuk mengatasinya ialah dengan menyediakan senarai semak ruanagan yang ingin dibersihkan jadi kerja anda akn menjadi lebih teratur.

  • Mulakan dengan ruang tamu
Ruangan tumpu bagi tetamu ini sudah semestinya lebih tidak terurus berbanding ruangan lain. susun atur semula kerusi dan bersihkan segala kotoran yang ada. Campuran lemon atau cuka bersama air dapat menyinarkan kembali lantai yang sudah kusam.

  • Bersihkan Permaidani dan Upholsteri Perabot.
Permaidani amat mudah memerangkap habuk dan terpalit kotoran. Namun, penyelesaiannya mudah da ringkas . Anda boleh menggunakan serbuk soda penaik . Sebelum itu pastikan permaidani sudah sudah dibersihkan dengan mengunnakan penyedut hampagas. Kemudian taburkan serbuk soda keatas permaidani dan biarkan ia seketika sebelum divakum semula. Serbuk soda amat berkesan untuk menghilangkan bau dan menjadikan permaidani anda segar semula.

  • Mencuci Kemasan Lembut
Langsir dan alas meja yang telah digunakan sebaiknya direndam di dalam air panas bagi memudahkan kotoran tertanggal sebelum dicuci menggunakan sabun pembersih. Jemur sehingga kering bagi mengelakkan terhasilnya bau yang tidak menyenangkan.

Sindrom `poshitis' - handbag pada siku

Sindrom `poshitis' - handbag pada siku

Sindrom `poshitis'

Gaya dan stail terbaru Victoria Beckham menggendong tas tangannya yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan pakar kesihatan.

Puncanya bukan pada saiz beg tangan yang terlalu besar (bertujuan memberi ilusi kurus pada tubuh) tapi obsesi terbaru Victoria menyangkut tangkai tas tangan pada siku dikhuatiri menjadi penyebab otot dan tendon siku tercedera.

Sindrom digelar `poshitis' itu menjadi ikutan dalam kalangan wanita bercita rasa terkini dan boleh mengundang kecederaan lebih teruk jika beg bersaiz besar itu penuh diisi bermacam barangan.

Pakar fisioterapi persendirian berpusat di London, Sammy Margos, berkata kaedah membimbit tas tangan menjadikan lengan berbentuk L itu juga boleh menyebabkan masalah ketegangan otot berulang selain kesakitan pada bahu dan leher.

"Ramai wanita beranggapan mereka perlu mengikut aliran fesyen semasa tanpa menyedari cara mereka berfesyen itu boleh mengundang padah.

"Wujud banyak peningkatan kes sakit bahu dan leher selain tekanan terhadap postur tubuh disebabkan kesilapan kaedah membawa beg tangan dan pemakaian kasut bertumit tinggi," katanya.

Selain itu, jika diperhatikan di sekeliling anda, ada juga wanita yang selesa membimbit dompet besar yang berisi wang, dokumen diri dan wang syiling dengan posisi lengan sedikit tinggi atau berbentuk L.


Situasi itu juga sebenarnya boleh mengganggu postur tubuh, posisi berjalan dan seterusnya menyebabkan sakit belakang, bahu, leher dan pinggul.

Masalah bertambah

Pakar tulang belakang, Sri Balaji Action Medical Institute, India, Dr Neerak Jain berkata, kebelakangan ini, ramai orang muda menderita masalah tulang belakang dan keadaan ini mengalami peningkatan mendadak disebabkan perubahan gaya hidup.

Peralihan zaman menyebabkan ramai wanita sering berdampingan dengan gajet elektronik seperti iPod, iPad telefon bimbit pintar dan kamera digital yang memerlukan ruang lebih besar dalam tas tangan.

Beg berat menjadi punca mengapa lebih ramai wanita mengalami masalah sakit leher dan belakang ketika ini.

Selain itu, membimbit beg atau dompet di sebelah bahagian badan sebenarnya boleh menyebabkan ketidakseimbangan postur badan, malahan ia juga menekan otot dan saraf pada leher yang bersambung ke bahu.

Jika diteruskan dalam tempoh panjang, ia boleh menjadi punca kekejangan bahu juga arthritis (radang sendi).

"Bebanan beg boleh meninggalkan kesan pada belakang, leher dan bahu, malah menyebabkan sakit kepala serta memburukkan lagi kondisi penyakit radang sendi," kata Pakar Ortopedik, Dr Anurag Tripathy.

Kesan jangka panjang membawa tas tangan mencecah dua kilogram saban hari juga akhirnya boleh merosakkan tisu lembut dan ketidakjajaran postur tulang belakang seterusnya memberi kesan terhadap otot tulang belakang.

Apabila membimbit beg berat, leher secara semula jadi akan condong bagi mengimbangi berat yang ditanggung. Ia menyebabkan beban berlebihan di sebelah leher dan ketegangan otot pada leher sebelah lagi.

"Apabila otot penat, ia tidak akan memegang tulang belakang dengan betul dan akibatnya, ia akan tergelincir. Masalah itu menyebabkan kesihatan tulang belakang dan bahu merosot, malah lebih teruk menyebabkan kesakitan sendi," kata Dr Tripathy.

Tidak hanya itu kerana membimbit beg tangan berat juga boleh merubah pola berjalan seseorang dan sistem tulang, yang akhirnya mengundang pelbagai masalah antaranya tekanan pada sendi kaki (jika terlalu lama, boleh menyebabkan ia terkoyak).

Beg beroda sebagai penyelesaian

Penyelesaian terhadap masalah ini adalah dengan menggalas atau menyangkut beg pada kedua-dua belah bahu atau menggunakan beg beroda.

Paling penting, elakkan meletak seluruh beban beg pada sebelah badan kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan berat pada leher, bahu dan belakang.

Menurut pakar fisioterapi, ketidakseimbangan postur boleh menyebabkan cakera tulang belakang beralih. Membawa beg antara satu hingga 1.8 kilogram (kg) masih boleh diterima tapi sebaiknya, hadkan berat beg hanya 1.5 kg.

Jadi, selepas ini mungkin Victoria Beckham perlu mencipta trend baru iaitu menyandang beg galas bagi mengisi semua keperluan apabila keluar dari rumah.

Ini kerana menyandang beg galas boleh mengelakkan masalah sakit tulang belakang.

Tip sihat

* Pilih tas tangan sepadan dengan tubuh.

* Sentiasa lakukan regangan ringan untuk otot leher dan belakang * hayun lengan, pusing bahu dan regangkan kepala kiri ke kanan.

* Pilih beg yang mempunyai banyak poket. Jadi anda boleh asingkan barangan secara sekata di dalam tas.

* Tangkai lebar mengurangkan beban beg pada bahu.

* Sentiasa bergilir menyandang tas di bahu kanan dan kiri.

* Jangan galas beg terlalu lama.

* Jika perlu membawa komputer riba, gunakan beg jenis galas. Jika mengguna beg bimbit di bahu, gilirkan bahu dan pastikan ia dibawa rapat ke badan.

* Pastikan beg digalas beratnya hanya antara 10 hingga 15 peratus berat tubuh.

* Buat yoga untuk meningkatkan keseimbangan dan kelenturan tubuh.


Petua Cantik Erra Fazira

Petua Cantik Erra Fazira

Menurut selebriti Erra Fazira, dia benar-benar percaya dengan apa yang dikatakan mendiang Estee Lauder, "Anda hanya mempunyai satu wajah, maka jagalah ia".

Sebaik saja anda sudah berumur, sukar untuk mengubah hakikat bahawa wajah anda turut merasai kesannya. Oleh itu, mengambil langkah mencegah lebih baik daripada mengubati adalah cara paling bijak dalam menangani masalah ini.

Lagipun, kulit yang sihat adalah kunci kepada diri kelihatan lebih muda serta cantik.

Selain daripada mementingkan rejim penjagaan kulit wajahnya, Erra juga mengamalkan beberapa cara bagi membantu memastikan dia kelihatan muda dan bertenaga sentiasa.

 
CANTIK CARA ERRA FAZIRA

* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Selain daripada menggunakan krim pelindung cahaya matahari, Erra sentiasa memakai pakaian pelindung. Contohnya, ketika memandu dia akan memakai jaket lengan panjang untuk menutup tangannya. Dia juga tidak pernah keluar meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

* Jangan lupa bahagian leher, tangan dan dada serta bahu yang terdedah. Saya selalu menggunakan produk yang sama pada wajah di semua bahagian ini. Selain itu, krim tangan harus sentiasa ada di dalam beg bagi memudahkan saya mengekalkan kelembapan serta kelembutan tangan.

* Berlembut dengan kulit anda, Apabila menyolek pada bahagian mata, saya tidak pernah menarik kelopak mata kerana ia akan menyebabkan kekenduran kulit dari semasa ke semasa jika kerap dilakukan. Kadang-kadang, saya elak minum menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.






* Manjakan diri anda dengan melakukan rawatan kulit wajah. Saya pergi melakukan aktiviti ini di Pusat Kecantikan Kulit Estee Lauder sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kulit kerana proses pembersihan menyeluruh seperti pengelupasan dapat dilakukan oleh pakar terapi bertauliah menggunakan peralatan khusus yang tidak kita punyai di rumah.

* Amalkan diet sihat. Apa yang anda makan kadang-kadang boleh `muncul' pada bahagian kulit. Jika anda makan makanan terlalu berminyak, kemungkinan besar, masalah jerawat akan menyerang kulit. Atas sebab itu, saya selalu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C serta anti oksidan membantu menyingkirkan radikal bebas. Contohnya, salad Romaine, brokoli, bayam, tomato, epal dan buah beri.

* Kekal aktif. Saya cuba meluangkan masa untuk bermain badminton sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dengan menjadi aktif, ia membantu menggalakkan peredaran darah, badan lebih cergas dan pada masa sama, lebih bertenaga.

* Cukup tidur. Jadual saya amat padat tetapi saya akan cuba pastikan sekurang-kurangnya dapat tidur selama lapan jam sehari. Kulit mengalami proses pembaikan secara sendiri pada waktu malam dan jika rutin tidur secukupnya diabaikan, kulit anda akan menunjukkan tanda-tanda tidak diingini.

* Minum air secukupnya. Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari untuk kegunaan bahagian badan tertentu termasuk sel-sel kulit. Air membantu mengekalkan kulit terhidrat dari dalam. Masalah kekurangan air sering membawa kepada penipisan kulit yang akhirnya akan menyebabkan garis-garis halus serta kedutan muncul. Oleh itu, saya selalu minum dua gelas air pada waktu makan, satu sebelum dan satu selepas makan.


ORDER FORM

WARNA BANTAL Merah
Kuning
Cream
Hitam
Fancy Pink
Biru
Nak Tulis ape di Bantal comel anda
No Tel
Email Address:
Name:
Bayaran

This HTML form was created by Freedback.