Memang diketahui umum
bahawa kadar obesiti di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia
(lebih 40% penduduk obes). Negara Jepun pulak mempunyai kadar obesiti
paling rendah di kalangan negara membangun dunia dengan cuma 3%.
Jadi apabila saya dijemput oleh
Yakult
Malaysia untuk lawatan media ke Tokyo Jepun untuk belajar tentang
hubungan probiotics dan kesihatan, saya juga gunakan waktu seminggu di
sana untuk memerhati cara pemakanan dan gaya pemakanan orang Jepun. Jadi
berikut adalah beberapa pemerhatian yang boleh dijadikan contoh kepada
penduduk Malaysia.
1.
Berbasikal. Memang ramai yang gunakan basikal di Jepun.
Lagi-lagi untuk perjalanan jarak dekat. Ya, mungkin cuaca di Jepun lebih
bicycle-friendly tapi yang penting di Jepun – ada laluan untuk basikal –
ini faktor keselamatan
2. Kurang
pilihan – kafeteria syarikat Jepun sediakan hidangan “set” yang
seimbang dengan adanya subsidi syarikat. Ini menggalakkan ramai untuk
jimat wang dan makan makanan yang telah disusun oleh pakar nutrisi yang
bekerja sepenuh masa. Kadeah ini juga digunakan di sekolah-sekolah di
mana setiap sekolah ada seorang pakar nutrisi yang pastikan jadual
pemakanan pelajar sentiasa terkawal.
3. Makanan
set. Di mana-mana restoran, semua makanan dihidangkan sebagai
set dan boleh dikatakan kebanyakan set memang seimbang dari segi porsi
dan nutrisi.
4. Tak
semua makanan Jepun sihat. Terdapat pelbagai makanan dan
minuman yang tinggi kalori. Tapi yang penting ia digabungkan dengan gaya
hidup yang aktif.
5.
Berjalan. Hasil gabungan kos pengangkutan yang tinggi dan
sistem pengangkutan awam yang canggih dan selamat, kebanyakkan warga
Jepun dipaksa berjalan dari stesen keretapi masing-masing. Ini bolehkan
mereka tingkatkan pembakaran kalori dan seimbang gaya hidup.
6. Warga
emas masih aktif. Kalau berjalan di Tokyo pada hari siang,
memang ramai yang berumur dalam lingkungan 50an, 60an dan mungkin 70an.
Mereka masih aktif dan berjalan tanpa bantuan. Sekali lagi faktor
keselamatan memainkan peranan tapi ia juga faktor tradisi. Kalau di
Malaysia, warga emas biasanya tidak digalakkan untuk berdikari dan terus
aktif.
7. Selamat!
Negara Jepun, termasuklah bandar Tokyo memang selamat. Ini membolehkan
orang ramai jogging di sekitar bandar untuk bersenam pada waktu malam.
8. Teh
hijau. Cara minuman teh hijau orang Jepun memang tidak
berkalori (tidak dicampur gula) malah ia tinggi antioksida, bantu
tingkatkan metabolisma badan. Kini pun ramai warga Malaysia yang suka
minum teh hijau, termasuklah saya.
9.
Segenggam tangan nasi. Walaupun bukan lah guna segenggam secara
langsung, saiz mangkuk nasi untuk lelaki dan perempuan berbeza. Kenapa?
Kerana saiz senggam seorang wanita biasanya lebih kecil berbanding
purata lelaki.
10.
Makanan laut yang tidak digoreng. Sushi dan shashimi memang
terkenal sebagai makanan popular orang Jepun. Walaupun ia tetap
berkalori, ia tidak digoreng dan kaya dengan protein, omega-3 dan
lain-lain.
11.
Disiplin. Antara aspek kehidupan bermasyarakat yang saya paling
kagum adalah disiplin orang Jepun. Dari beratur di stesen keretapi,
restoran mahupun di eskalator awam, budaya orang Jepun memang patuh
kepada undang-undang dan mungkin ini juga membolehkan mereka ikut seruan
dan garis-panduan pemakanan kerajaan (yang merupakan program kesederan
seluruh negara)
12. Preventive.
Daripada berdepan dengan suatu masalah seperti obesiti dan lain-lain,
budaya Jepun fokus kepada mengelak atau preventive measures. Contoh
pengambilan minuman probiotics seperti Yakult dijadijan amalan seharian
untuk membaiki perlawasan, sistem pertahanan untuk kurangkan risiko
penyakit yang berkenaan.”
Daripada berdepan dengan suatu masalah
seperti obesiti dan lain-lain, budaya Jepun fokus kepada mengelak atau
preventive measures. Contoh pengambilan minuman probiotics seperti
Yakult dijadijan amalan seharian untuk membaiki perlawasan, sistem
pertahanan untuk kurangkan risiko penyakit yang berkenaan.
Tapi! Hasil pemantauan saya di
Jepun, kehidupan mereka lebih sesak dan kelihatan lebih stres berbanding
kehidupan di Malaysia. Mungkin ini juga sumbangan daripada budaya
disiplin, patuh dan berjuang yang tinggi. Gaya hidup penduduk di Jepun,
walaupun mereka kurang obes, nak katakan mereka sangat cergas pun tak
jugak. Kalau berbanding dengan negara barat seperti Australia dan juga
USA, tidak ramai yang bersenam outdoor. Tapi ini cuma berdasarkan
pemerhatian saya selama seminggu di Tokyo, Jepun.
Sumber :
No comments:
Post a Comment