Hi..kali ni aku buat entry macamana nak tangani stress di pejabat..sebab ape aku buattt..sebab aku tengah stress kat opis ni..hahahahaha..banyak sangat paperwork kene buat,report la,phone call pon xbenti masuk...aduyai....sume nye cari aku,aku dan aku lagi...sekarang boss lak cuti p exam...aku lagi nak jawap call untuk die...jom cek it out....
- Cari punca tekanan – Kadangkala kita sendiri tahu
apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat,
orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai
dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda
terlebih dahulu.
- Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng
kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan
fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan
diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga
dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia
membantu
- Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan
mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat membantu anda supaya
bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang
pendek.
- Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai
jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau
malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga
meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea
atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di
pejabat.
- Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda
menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu
kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan
aktiviti kegemaran anda untuk menghilangkan stress seperti berkelah,
karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
- Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat
pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di
pejabat ( Jika internet tidak di block dipejabat ) seperti 9gag,
UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh
melayari YouTube di waktu rehat.
- Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda
harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat
membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging,
bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium
juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan
tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda.
- Ketawa dan senyum – memang sukar hendak ketawa
jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba
fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek
coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak
yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu,
tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat
anda
- Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan,
kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan
memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum
dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu
mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi
biarlah pengambilannya minimum. Makanan
seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah
bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat
membantu anda mengurangkan stress.
- Cari pekerjaan lain – Jika anda tidak gembira
dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang
sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di
pejabat yang ada sekarang.
Hehe....
No comments:
Post a Comment